Petikan dari buku Che Det dan Pekan Rabu....

Che Det dan Pekan Rabu

Pekan Rabu menjadi terkenal kerana ia adalah tempat Dato' Seri Dr. Mahathir berniaga pada zaman pendudukan Jepun. Setiap rakyat Malaysia sudah tentunya berminat untuk mengetahuai latar belakang yang membentuk keperibadian dan pemikiran Dr. Mahathir. Beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk 'Panduan Perniagaan Kecil' berdasarkan pengalaman ketika berniaga di Pekan Rabu dan juga sebagai seorang Doktor yang membuka kelinik persendirian.

Che Det adalah nama timbangan bagi Dr. Mahathir. Ia adalah singkatan kepada Encik atau Cik Mahathir. Ia adalah lambang kasih sayang dari keluarga. Nama Che Det dikenali sehingga sekarang dikalangan yang rapat dengan beliau di Kedah. Beliau menggunakan nama Che Det sebagai nama pena beliau dalam bidang penulisan. Ketika masih belajar beliau telah menulis rencana-rencana politik dan dihantar kepada akhbar Bahasa Inggeris iaitu Straits Time dan Sunday Times pada ketika itu.

Dr. Mahathir mempunyai hubungan yang istimewa dengan Pekan Rabu. Setiap kali kunjungan beliau ke Kedah ianya tidak akan lengkap kalu tidak singgah di Pekan Rabu. Dr. mahathir akan berkunjung ke Pekan Rabu pada setiap kali bulan Ramadhan. Kisah Dr. Mahathir berniaga di Pekan Rabu tidak hilang dari ingatan peniaga-peniaga yang masih berniaga di situ. Sesudah lebih 50 tahun berlalu remaja yang menjual buah kraftangan itu kini telah menjadi penjual terbesar Malaysia diperingkat antarabangsa.

Pekan Rabu kini tidak sahaja dibuka pada hari Rabu tetapi dibuka pada setiap hari. Dari permulaan sebagai pasar minggu yang berbumbung atap, Pekan rabu kini telah berkembang kepada komplek perniagaan bertingkat.

Dr. Mahathir sentiasa mengambil berat terhadap Pekan Rabu dan perniagaannya. Adalah menjadi harapan Dr. mahathir untuk menjadikan perniagaan di Pekan Rabu sebagai satu model usahaniaga orang Melayu agar menjadi setandingdengan pihak lain. Pada tahun 1994 Dr. Mahathir telah menganjurkan lawatan peniaga-peniaga Pekan Rabu ke komplek-komplek perniagaan dan kilang packaging di Kuala Lumpur. Ahli-ahli rombongan tinggal selama seminggu di Kuala Lumpur. Kos makan minum danpenginapan ditanggung oleh beliau. Tujuan beliau adalah untuk mendedahkan peniaga-peniaga Pekan Rabu dengan perniagaan moden.

Dr. Mahathir sendiri merasmikan bangunan Pekan Rabu pada 25hb. Februari 1978. Beliau pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Bangunan Pekan Rabu sejak itu telah berkembang pesat  dengan pembinaan Fasa II Pekan Rabu yang menelan belanja RM 2.1 juta. Bangunan tersebut dibiayai sendiri oleh Koperasi Pekan Rabu dengan pinjaman dari Bank Rakyat mula dibina pada tahun 1998 dan siap pada tahun 1990.

Pada tahun 1995 Dr. mahathir telahmemperuntukan RM 6.5 juta untuk mengubahsuai Pekan Rabu melalui Kerajaan Negeri Kedah. Tujuan pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu ialah supaya peniaga bersaing dalam perniagaan zaman moden. Untuk mengubahsuai bangunan tersebut para peniaga perlu dipindahkan. Kerajaan Negeri Kedah pada waktu itu merancang memindahkan peniaga-peniaga ke tanah lapang di Komplek Alor Setar atau ke tapak Pesta. Rancangan itu tidak dipersetujui oleh kebanyakan peniaga. Dengan pertolongan Dr. Mahathir perpindahan itu dibatalkan dan peniaga amat gembira kerana mereka dipindahkan kekawasan berdekatan iaitu dihadapan panggung Empire dan ditapak letak kereta Bank Bumiputra. Bangunan yang diubahsuai itu siap pada 16hb. September 1996.

Petikan ketiga dari buku Che Det & Pekan Rabu - Nostalgia

Tempahan buku Che Det & Pekan Rabu