Petikan dari buku Che Det dan Pekan Rabu....

Sejarah Awal Pekan Rabu

Sejarah awal Pekan Rabu bermula di Tanjung Chali hasil kesedaran seorang Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaacob, beliau menubuhkan Pekan Minggu sebagai tempat petani dan peladang memasar dan menjual hasil keluaran mereka.

Pada awal April 1930 YTM Tunku Yaacob telah mengasaskan pasar mingguan disitu pada setiap hari rabu. Sempena hari kelahiran Tunku Yaacob pada hari rabu maka pasar minggu itu dinamakan Pekan Rabu yang khususnya dibuka pada tiap-tiap hari Rabu sahaja.

Tanjung Chali letaknya di persimpangan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal dibandar Alor Setar. Ia merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu dan tongkang yang keluar masuk memunggah barang dagangan dari dalam dan luar negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.

Bangunan Pekan Rabu di Tanjung Chali itu pada asalnya merupakan bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap nipah, bertiang kayu dan berlantaikan simen.

Antara barang yang dijual disitu ialah hasil perusahaan tangan orang Melayu ialah tudung,bakul dan tikar dari mengkuang, kain baju dan ubatan Melayu seperti minyak angin, makjun dan lain-lain. Barangan lain adalah hasil tanaman kampung dan ulaman dari daun-daun dan pucuk kayu, ubi, umbut dan buah-buahan.

Pada tahun 1932 Pekan Rabu telah dipindahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ke Jalan Tunku Ibrahim diatas tapak yang lebih luas dan selesa.

Petikan kedua dari buku Che Det & Pekan Rabu

Tempahan buku Che Det & Pekan Rabu