Petikan dari buku Che Det dan Pekan Rabu....

Nostalgia

Dr. Mahathir ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 1998 telah menyatakan bahawa beliau hidup di zaman empat penjajahan iaitu British, Jepun, Siam dan BMA (British). "Mula-mula British. pada masa British kita langsung tidak ada maruah. Kita tidak dibenarkan buat itu dan ini. Semuanya dikatakan kita tak boleh." jelas Dr. Mahathir. Selepas Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941 Dr. Mahathir hidup di zaman Jepun. Jepun memerintah Kedah selama 19 bulan dan Malaya selama 3 tahun 8 bulan. Jepun memerintah Malaya dengan kejam dan keadaan hidup dizaman Jepun perik sekali.

Apabila Jepun menakluki Tanah melayu sekolah-sekolah ditutup. Sekolah yang ada hanyalah sekolah-sekolah yang mengajar bahasa Jepun. Dr. Mahathir mengambil keputusan tidak memasuki sekolah tersebut tetapi mula menceburi bidang perniagaan di Pekan Rabu. Pelajaran Dr. Mahathir tergendala dan beliau terpaksa berhenti sekolah. Beliau juga melihat abang-abang dan saudara beliau terpaksa berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan mencari rezeki berniaga buah-buahan di tepi jalan.

Petikan keempat dari buku Che Det & Pekan Rabu

Sireh Pulang Ke Gagang

Tempahan buku Che Det & Pekan Rabu