Petikan dari buku Che Det dan Pekan Rabu....

Sireh pulang Ke Gagang

Setiap kali pulang ke Alor Setar Dr. Mahathir tidak melepaskan peluang mengimbas nostalgia ketika kecil dengan menziarahi kawasan yang mendidik cerit perit kehidupan sebagai peniaga kecil.

Setiap tibanya hari raya Dr. Mahathir sering menempah songkok di Pekan Rabu. Sardi Dahar merasa bangga membuat songkok untuk seorang Perdana Menteri. Selalunya Dr. Mahathir menempah 2 songkok dengan kos setiap satu harganya RM 50.00. Saiz songkok beliau ialah lilitan 22" dan tinggi 4 suku.

Dr. Mahathir sering menghantar kain dan mengupah Wan Abd Rahman bin Wan Puteh, menjahit. Mengikut Pak Wan saiz yang masih disimpan didalam buku rekod saiz 30" labuh, 18" bahu, 22" labuh tangan dan leher 15". Beliau melahir rasa bangga menjahit baju Perdana Menteri. Aishah bt Mat atau lebih dikenali sebagai dengan panggilan 'Mak Chah' memberitahu setiap kali Dr. Mahathir berkunjung ke Pekan Rabu beliau tidak ketinggalan singgah di gerai beliau. Kebiasaanya pada bulan puasa beliau akan membeli kueh-muih.

Petikan Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pekan Rabu kali ke 38
oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada 26hb. Julai 2001

Tempahan buku Che Det & Pekan Rabu