Apa Nak Jadi Dengan Orang Kita

Assalamulaikum Warahmatullah

Disini banyak contoh yg kita boleh pelajari dari negara sumber segala maksiat ini iaitu Amerika Syarikat. Kerana telah hampir 15 tahun disini ingin saya berkongsi pengalaman dan muga kita dapat belajar darimasalah yg mereka hadapi. Point yg perlu saya kira ketika baik berhujah atau berbincang atau berdemo bukan saja (seperti kain rentang "respect Ramadan" ..SYABAS kepada mereka pejuang kebenaran) setakat mahukan pihak lain menghormati Islam dan semangat ketuanan org Melayu.

Apa hujah kita jika mereka kata, "Respect our needs to..to party and have a good time". Walaupun semangat ketuanan Melayu itu penting 'Allah tidak akan mengangkat martabat kita jika apa yg kita mahukan tidak selari dgn apa yg Allah mahukan buat kita'. Allah tidak menyuruh kita bermegah dgn bangsa kita. Dalam kutbah terakhir Rasulullah (saw) baginda telah tekankan akan tiadanya perbezaan antara Arab dan bukan Arab. Hanya ketaqwaan yg menjadi kayu penyukat martabat seseorang itu disisi Allah. Kita punya kebenaran yg mutlak iaitu Islam dan segala ajarannya diberi oleh Allah Taala inilah sepatutnya jadi kemegahan kita.

Point yg saya kira perlu diketengahkan antara lain hasil kajian saintifik dalam bidang psikologi, sociology , perubatan dll yg berkait akibat dari masalah-masalah ini. Ini sangat-sangatlah penting supaya kaum bukan Islam boleh menghargai dan faham kenapa Allah turunkan segala bentuk larangan kepada org Islam. Berbalik kepada permasalahan dibarat. Di sini saya sedar masalah-masalah ini telah pun bermula diMalaysia tapi masih diperingkat permulaan dan masih boleh diubati. Masyarakat mereka walaupun maju ekonominya masalah social dan kehidupan masyarakat mereka umumnya sedang mengalami masalah yg kronik. Setengah negara Eropah mentertawakan US....diUS semuanya boleh. Masyarakat US tidak mempunyai sebarang cultural roots yg mantap. Mereka seolah-olah sedang mengalami masalah jiwa yg kronik. Mereka begitu mementingkan 'instant gratification'. Apa saja yg mereka inginkan ketika itu ianya mahu dipenuhi secepat mungkin. Ini termasuklah kekayaan (duit dan harta benda - mereka berkerja amat keras) , rupa paras (cosmetic surgery antara cabang business yg paling maju), 'having good time' (mereka suka sangat berparty-lengkap dgn arak mengalir macam sungai, wanita, sex dan dadah), kasih sayang (malangnya ramai dari mereka 'are looking at the wrong places'. Ibu bapa , saudara mara tidak dikasihi tapi dimasa yg sama mereka kerap bertukar pasangan baik suami/isteri maupun boyfriend/girlfriend dalam mencari cinta sejati), makanan dan minuman (makanan mereka mewah) dan banyak pembaziran dan apa saja yg diingini oleh manusia biasa.

Apakah kita mahu menjadi seperti mereka. Bukan saja Islam memandang keji akan segala maksiat ini, orang bukan Islam yg sensitif kepada masalah akhlak turut menentang culture sebegini. Saya percaya peminum arak walaupun tidak sampai ketagih membawa bermacam kemudaratan bukan saja mudarat kepada kesihatan tapi juga membawa imej buruk kepada sipeminum, lambat laun masyarakat akan 'pay the price' dgn bertambahnya kadar jenayah dan pertambahan jumlah individu bermasalah .

Begitu juga merokok yg boleh menyebabkan kanser paru-paru dan bermacam lagi penyakit yg bersangkutan. Saya rasa tentu ramai Dr yg boleh menulis dgn lebih terperinci mengenai masalah kesihatan penagihan arak, penagihan rokok dan dadah. Begitu juga masalah kesihatan hasil perhubungan sex bebas. Mendidik masyarakat tentang bahaya dan akibat masalah social bukan saja kepada individu tetapi juga masyarakat umumnya adalah sangat penting. Islam menghalang segala maksiat bukan saja kerana perbuatan itu buruk tetapi juga akibat dari perbuatan itu yg merosakkan individu dan juga masyarakat sekeliling. Isu masalah ketagihan arak boleh kita lihat amat serious di Amerika Syarikat . Tahap umur mula ketagihan arak makin menurun setiap tahun. Makin ramai yg mula minum arak sejak umur belasan tahun. Mereka terpaksa menubuhkan 'Alcoholic Anonymous' kalau saya tak silap utk membantu mereka yg terlalu kronik ketagihan arak.

Mahukah kita terpaksa menasihati anak-anak kita dari darjah tiga dan empat akan bahaya ketagihan arak?. Mahukah kita lihat arak dijual dikedai-kedai runcit?. Ini tidak mustahil terjadi dalam 10 tahun kehadapan kalau sudah ramai yg menerima arak sebagai minuman biasa seperti di turki. Percampuran bebas/ hilangnya maruah/ anak luar nikah. Kalau sudah terlalu ramai anak luar nikah tidakkah kita risau apabila tiba masa kita hendak mencari jodoh utk anak-anak kita kelak. Bagaimana pula dgn rakan sedarjah mereka hendakkah kita anak-anak kita yg masih bersih berkawan dgn anak luar nikah yg ibu atau bapanya tak keruan peribadi dan matlamat hidup mereka?. Hendakkah kita sipenjual karipap disiang hari malamnya ada kerja maksiat lain. Mahukah kita terpaksa mengajar anak-anak kita yg masih setahun jagung tentang bahaya aids, dan segala macam 'sexually transmitted diseases'. Mahukah kita menjadi tidak bebas lagi utk makan diluar kerana takutkan penyakit si Penyedia makanan!

Masalah maksiat ini adalah masalah KITA SEMUA. Kita perlu bersuara lebih keras dan lantang. Jika kita tidak berbuat sesuatu sekecil mana pun kearah membenteras dan menutup segala punca maksiat ini dimasa depan mungkin bukan masa kita tapi masa depan masa anak-anak kita.

rayyan100@hotmail.com

Kisah Wahyu Terakhir | Solat | Saat Kematian | SekularMenu

Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat azubir99@gmail.com