Selamat Datang
FELDA Lubuk Merbau, Kedah Darul Aman

FELDA Lubuk Merbau dibangun majukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak tahun enam puluhan lagi. Lokasinya didalam daerah Padang Terap, bersempadan dengan daerah Sik dan Pendang. Di sempadan dengan daerah Sik mengalir Sungai Muda yang mana di hulu sungai ini telah dibina Empangan Muda dan sebahagian hilirnya menjadi sempadan dengan Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu dikawasan Jambatan Merdeka. Sungai Muda mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancungan, ia mengalir melalui berbagai kawasan yang unik, kampung tradisional, kawasan penempatan semula seperti FELDA dan FELCRA, kawasan hutan simpan, kawasan pekan dan bandar serta kawasan industri hingga ke laut. Sebuah lagi empangan telah dibina di kawasan ini iaitu Empangan Beris yang terletak didalam daerah Sik.

Papan Tanda Kawasan Perkampungan FELDA Lubuk Merbau
Setiap tahun ketika pulang menyambut lebaran suatu perkara yang menjadi semacam kemestian ialah bekalan air terputus pada hari raya. Apakah pihak yang berkenaan tidak mengambil berat atau tidak tahu mengapa ia berlaku tidaklah diketahui, apa yang pasti paip air mula kekeringan dipagi raya terutama di kawasan rumah yang terletak diaras tinggi sedikit.

Sebahagian pemandanganempangan Beris

 

    Pemandangan di Empangan Beris, Sik, Kedah

Peneroka | Menu

Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat azubir99@gmail.com
kemaskini terakhir : 22 April, 2016